Wednesday, February 4, 2009

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship
dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya
perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari
segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah
bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70%
perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian,
pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya
menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab
nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada
mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah
bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan
anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini
kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam,
ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data
data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di
Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali
saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano
dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan
masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya
yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya
beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya
memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu
beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau
menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya
sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa
kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan
beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh
beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama
susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan
tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis
kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan
ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung
mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi,
perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan
yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi
atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada
ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.
Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang
kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka,
dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah
buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah
untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg
mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
(Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah
sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka
memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi
mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak
itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam
senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri
dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan
berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak
mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk
perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya
lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg
mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel
oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka
ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala,
banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh
umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang
Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.
Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?
Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka
yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)
jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman
tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama
dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg
betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle,
Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai
ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan
Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar
dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan
bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New
York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah
tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah
cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk
otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan
otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat
melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg
memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart
dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes
bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore
pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak
tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan
anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan
sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya
lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat
nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,
saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak
rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak
seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat
sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui
program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu
saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya
hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

Ambil la kebaikan dari cerita ini... untuk mengetahui kesahihan artikel di
atas buat la kajian terlebih dahulu...

Dr. Stephen Carr Leon

No comments:

Post a Comment